* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 19 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 292 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 292 2019
19 Okt. 2019M
20 Safar 1441H

Sabtu

Kita tidak akan ke mana-mana sekiranya mengambil hati atas reaksi orang di sekeliling kita.

Ingatlah.. segelintir tidak menggambarkan semua. Jangan sampai yang sekelumit itu menghapuskan yang lain.

Hampir setiap orang pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Seperti sifat sedih dan gembira, rasa sakit hati ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. 
Manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Faktornya juga bermacam-macam. Daripada yang kecil hinggalah masalah besar. 
Mungkin bermula daripada perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. 
Emosi yang terganggu akhirnya akan melahirkan salah sangka. Salah sangka ini akan terus meningkat dan terus meningkat.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

1. Muhasabah diri sebelum kita menyalahkan orang lain.


Seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata rakan kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa rakan kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan diri daripada sifat iri hati dan dengki.

Syaitan akan memasuki hati manusia melalui pintu angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tidak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang


3. Menjauhkan diri daripada sifat amarah dan keras hati. 

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Syaitan pun berleluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. 
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk sifat pemaaf.


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199. 

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, hati akan lebih terasa lapang.

5. Husnuzon (Berprasangka Baik). 

Adakalanya seorang manusia berburuk sangka terhadap orang lain sehingga memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik. Ubahlah kecenderongan hanya kepada kebaikan.

6. Ikhlaskan diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan