* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 25 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 298 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 298 2019
25 Okt. 2019M
26 Safar 1441H

Jumaat

KERAS HATI


Hati dan jiwa yang tandus akan menjadikan kita merasa susah hati, gelisah dan tidak tenang. Semua itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Carilah masa untuk menggapai rahmat Allah SWT.

"Ketahui sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah jua keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baiklah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya”.
(Abu Hurairah RA)

Tanda Keras Hati :


1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

2) Tidak kagum atau gerun dengan Al-Quran.
3) Berlebihan mencintai dunia.
4) Mengagungkan makhluk melebihi Yang Maha Pencipta.
5) Tidak mengambil pengajaran daripada sejarah dan persekitaran yang berlaku.
6) Merasakan diri lebih baik secara berterusan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan