* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 1 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-265 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-265 2018
21 Sept. 2018
11 Muharram 1440H
Jumaat


*KISAH SI BENGGALI KERETA LEMBU*

Sebut sahaja kereta lembu teringat kita kenderaan yang cukup popular di zaman tahun 60 an. Sampai ada lagu " kereta lembu " bergerak sejam sebatu . Kereta lembu ini biasanya digunakan oleh kaum benggali pengembala lembu yang menjadi kenderaan bagi mengangkut rumput untuk makanan lembu dan mengangkut najis lembu untuk dijadikan baja.

Satu hari seorang benggali dengan kereta lembunya menjalankan kerja-kerja rutin harian iaitu membawa rumput dan najis lembu ulang alik dari kandang lembu ke padang ragut.  Perjalanan yang menghubungkan kandang lembu itu dengan padang ragut melalui satu jambatan sempit yang merentangi sebuah anak sungai.  Jambatan tersebut hanya muat dilalui oleh kereta atau kereta lembu sehala sahaja tanpa boleh berselisih secara serentak.

Pada suatu hari dalam perjalanan ke tempat kerja harian, kereta lembu si benggali tadi bertembung dengan sebuah kereta mini betul-betul di tengah jambatan. Pemandu kereta itu dengan lagak sombong turun dari kereta dan terus marah-marah serta menyuruh si benggali itu mengundurkan kereta lembunya.  Dengan nada bersahaja dan selamba si benggali tadi bersuara,

Encik-Encik!
*"  dunia punya dalam...lembu kereta...undur tarak...."*

Maksud si benggali itu di dalam dunia realiti, kereta lembu mana boleh berundur.Kereta boleh le ada gear undur.Kereta lembu mana ada gear.

Akhirnya pemandu kereta itu tersipu-sipu malu dan beralah dengan mengundurkan keretanya. Selepas kereta lembu melepasi jambatan barulah kereta mini tadi dapat meneruskan perjalanan.

Pengajaran di sini adalah  kadang-kadang kita hilang norma dan pertimbangan apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita bertolak ansur tanpa memandang rendah terhadap orang lain..

*Allahyarham P.Ramli*  dalam filemnya telah menggunakan ungkapan atau dialog yang cukup halus dan bersopan merentasi zaman  masa kini iaitu;

*" DALAM MASARAKAT BINATANG TIDAK ADA MANUSIA....."*
*AKAN TETAPI..*
*" DALAM MASYARAKAT MANUSIA ADA BANYAK BINATANG "*


Sama-sama kita renung dan fikirkan... 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan