* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 6 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-282 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-282 2018
8 Okt. 2018M
28 Muharram 1440H

Isnin


Kisah seorang yang memfitnah seorang ulama..., lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf...

Lalu ulama itu berkata... "dengan syarat. Nanti bila kamu datang ke masjidku ini, bawalah penyapu bulu ayam".


"Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis". Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu...tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya hingga sampai di masjid...dia berjumpa dengan ulama tersebut. 

"Wahai habib...aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja....bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?" 

Ulama itu berkata..."nanti bila kamu balik...kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok". Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang...ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya. 


Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan...saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku telah buang. Semua telah di terbangkan angin entah ke mana".


Lalu habib itu berkata.... "BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah ke mana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya...ia tersebar dan  terus tersebar...". 


"Aku maafkan kamu. Bertaubatlah...lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.

Nah.... itulah DOSA JARIAH ....dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa".

Pada si pelaku... USAHALAH... temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.


Wallahua’lam...fikir2 kn lah sebelum  ajal menjemput anda..bertaubatlah sebelum kamu meninggal..ingat siksa neraka..kalau ALLAH tak balas balasan kamu di dunia,  Insya Allah di akhirat pasti ada balasannya..


#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan