* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 8 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-285 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-285 2018
11 Okt. 2018M
1 Safar 1440H

Khamis

Cerita Belakang


Bila ada orang yang mula mengata kita di belakang, ini bermakna kita lebih baik daripada mereka. BETUL KE?

Mungkin betul, mungkin juga tidak?
Kiranya betul, benarlah ia.
Kiranya salah, mungkin kita lebih buruk.

Justeru .... 


1) Yakinlah dengan apa yang kita buat.. "You are what you do." Apa yang kita lakukan, itulah wajah sebenar kita. Pastikan setiap hari ada kebaikan yang kita buat. Tambahlah nilanya lebih baik daripada semalam.


2) Cubalah berada di posisi yang bertentangan. Kalau kita sering menjadi bahan cerita, cubalah sesekali kita menjadi pencerita. Cubalah lihat diri kita di posisi positif dan negatif. " Put your self in other shoes ".


3) Refleksi Diri. Sesekali kita perlu membuat refleksi diri.. Kiranya betul kita silap, betulkanlah. Sekiranya kita berada di pihak yang benar, tambahlah nilai kebenaran tersebut dengan uslub atau pendekatan yang berbeza.


4) Bertindak mempertahankan diri sekiranya ia melibatkan fitnah terhadap agama, keluarga dan organisasi. Sesekali bertegas dan mempertahankan diri, ia mampu menzahirkan air bahawa air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.


5) Buat pilihan. " Take it or leave it ". Buatlah pilihan dengan bijak.


#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan