Assalamualaikum.
Saya ingin maklumkan Kenyataan Akhbar oleh YB Dato' SUK di atas adalah sahih. Esok diisytiharkan cuti seperti kandungan kenyataan akhbar berkenaan. Tk.
Pengarah Pendidikan Johor.
2 Nov 2019
11.30 pm
PEMBERITAHUAN SERTA MERTA :
up Semua PGB Daerah Mersing
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENJUARAI PIALA MALAYSIA 2019
Kenyataan Akhbar Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, SUK Johor berkaitan perkara di atas adalah dirujuk. Pengesahan Pengarah Pendidikan Negeri Johor juga adalah berkaitan.
Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2019.
Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Negeri Johor Darul Ta’zim.
Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
2 Nov. 2019
Sabtu
11.32 mlm
#CutiKhasPeristiwa
0 komen ::
Catat Ulasan