Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 321 2019
17 Nov. 2019M
20 Rabi'ul Awwal 1441H
Ahad
TIDAK ADA LAGI YANG PERCAYA ?
JANGAN PERNAH TAKUT BERJUANG SENDIRI
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 321 2019
17 Nov. 2019M
20 Rabi'ul Awwal 1441H
Ahad
TIDAK ADA LAGI YANG PERCAYA ?
JANGAN PERNAH TAKUT BERJUANG SENDIRI
Menjadi berbeza tidak selalu menjadi yang terbaik, tapi yang terbaik semestinya berbeza.
Untuk menuju sukses, kita akan melalui jalan yang sepi dan sulit. Jalan tersebut bukan untuk semua orang kerana tidak semua mampu melaluinya.
Mereka yang hanya tahu mengikuti orang lain, tidak akan pernah tahu siapa mereka sebenarnya. Hanya mereka yang mengikuti jalan mereka sendiri yang dapat menemui potensi sebenar mereka.
Mereka yang terbang sendiri, pastinya memiliki sayap yang sangat kuat.
Mereka yang berjalan sendiri memiliki kaki yang sangat kuat.
Orang biasa selalu memerlukan orang lain untuk kelangsungan hidupnya. Sedangkan orang-orang yang kuat selalu merasakan damai dalam kesendirian dan terus berkembang
Mungkin kita tidak pernah disebut atau didendang dalam apapun.
Mungkin kita pernah merasa tidak ada lagi yang mempercayai kita.
Tidak perlu gusar... percayalah kepada diri kita sendiri.
Terbaik buat kita ialah ketika kita menjalani kehidupan ini dengan apa yang kita inginkan.
Yakinlah kepada diri sendiri. Jadilah diri sendiri.
Percayalah kepada diri sendiri.
Jangan pernah takut bertarung sendirian kerana kita berbeza.
Tidak ada kata menyerah.
Kita tidak boleh dikalahkan.
Kita tidak boleh dihancurkan.
Kerana sakit yang membuatkan kita menjadi kuat.
Kerana perjuangan membuatkan karektor diri kita menjadi kuat.
Kerana berjuang sendiri, kita lebih menghargai orang lain lebih daripada sebelumnya.
Kerana berjuang sendiri, kita memiliki lebih banyak belas kasihan daripada sebelumnya.
Kerana rasa sakit, menjadikan kita lebih kuat.
Jangan takut berjuang dalam kegelapan kerana makin gelapnya malam, sebentar lagi cahaya akan datang menyinari kita.
Katakan kepada diri kita... SAYA BERSEDIA MENGHADAPI TENTANGAN APAPUN.
SAYA BANGGA DENGAN DIRI SAYA.
SAYA AKAN HIDUP MENJADI DIRI SAYA SENDIRI, BUKAN MENJADI ORANG LAIN.
SEGELAP APAPUN JALAN ITU, DEMI IMPIAN, JANGAN PERNAH TAKUT BERJUANG SENDIRI.
Berserahlah kepada Yang Maha Esa.
#1TP1H
#IbnM#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan