* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 19 November 2019

TITIK POSITIF HARI 323 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 323 2019
19 Nov. 2019M
22 Rabi'ul Awwal 1441H

Selasa


KITA MUDAH LALAI

Manusia mudah lalai kerana kecelaruan akalnya.
Manusia mudah lalai dan leka serta semakin alpa dengan kemajuan zaman ini.
Kepintaran dan kemajuan teknologi yang sepatutnya mematangkan manusia, tapi telah menghakis nilai-nilai murni, juga budi pekerti mereka.
Masih ramai yang tidak faham daripada yang faham.
Masih ramai yang kufur daripada yang bersyukur.
Masih ramai yang lalai daripada yang beringat.

Doakan setiap hari, siang dan malam secara berulang-ulang kali;

ُُاُهدِناَ اُلصّرًَطَ اُلمُستَقِيمَ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالّينَ.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.
(Al-Fatihah: 6-7)

Sebab-Sebab Hati Jadi Ghaflah (Lalai)

1. Bila gilakan dunia.
2. Hati tidak kenal Allah dengan makrifah yang sebenar, sifatNya dan asma'Nya.
3. Bergaul dengan kejahatan dan sipelakunya.
4. Cenderung hati kepada maksiat.
5. Panjang angan-angan.
6. Banyak berkata-kata yang kosong dari mengingati Allah (Zikrullah)

7. Putus hati daripada mengingati mati dan hari akhirat

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan