* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 29 November 2019

TITIK POSITIF HARI 333 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 333 2019
29 Nov. 2019M
2 Rabi'ul Akhir 1441H
Jumaat

POSITIFKAN JIWA

Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada emosi dan masalah jiwa. Apabila seseorang tidak dapat mengawal emosi diri dengan cermat, kehidupan sehariannya bakal dihantui perasaan yang gundah-gulana, jiwa tidak tenteram, lekas menjadi marah dan tertekan. Ini akan merosakkan rohani seseorang malah mungkin juga memberi impak negatif terhadap orang lain yang berada dalam lingkungan kitaran hidupnya.

6 cara terbaik untuk mempositifkan jiwa yang sedang resah.

1. Kembalikan hati dan bermunajat kepada Yang Maha Esa. Banyakkan berzikir dan berselawat.

2. Rangsang Saraf. Gosok keseluruhan permukaan bibir menggunakan jari telunjuk anda kerana pergerakan ini akan cepat merangsang sistem saraf parasimpatetik anda yang terletak di bawah kawasan bibir. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang dan lega.

3. Tulis apa sahaja yang lalu di minda. Antara sebab utama seseorang tertekan adalah kerana dipengaruhi kesibukan harian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tugasan yang banyak menggunakan otak. Cuba sediakan satu buku nota dan tempatkannya hampir dengan anda. Bila ada idea-idea baru muncul baik sesuatu yang penting untuk diingati atau idea-idea baru yang bisa digunakan untuk melengkapkan kerja, curah segalanya di atas kertas. Jika anda marah sekalipun, anda boleh tuliskan semuanya.
Sedikit-sebanyak ia akan membuatkan anda kembali tenang kerana kita bakal melupakan masalah itu, kepala jadi semakin lapang dan ketegangan jiwa semakin menurun.

4. Duduk Tegak. Kajian sains sosial membuktikan bahawa apabila seseorang duduk secara membongkok, dia lebih berisiko untuk menjadi lemah, tidak ada mood serta tidak berkeyakinan. Oleh itu setiap kali kita duduk, sila perbetulkan kedudukan punggung dan pastikan pinggang kita tegak dan selesa. Duduk dengan tegak untuk pulihkan mood dan produktiviti diri.

5. Tengok Ikan Dalam Akuarium. Melihat atau menenung ikan berenang dapat menurunkan kadar tekanan darah serta degupan jantung. Hasilnya kita akan relaks dan seronok secara positif. Selain itu.. merenung kepada ombak di pantai, aliran air, memerhati alam juga boleh memberikan ketenangan kepada kita.

6. Luangkan 1 Jam untuk aktiviti/hobi kegemaran. Seseorang yang tertekan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya  satu jam untuk melakukan aktiviti kegemaran seperti bersenam, membaca, menonton tv, memasak atau mengemas, memandu kenderaan atau lakukan apa sahaja kerana apabila otak tidak tertumpu pada kerja, kita tidak akan ada tanggungjawab dan bila tanggungjawab tidak anda, hati anda pasti bersih dari segala perasaan negatif.

7. Berkemas. Hampir 85 peratus punca tekanan adalah disebabkan keadaan sekeliling. Cuba lihat persekitaran kita, jika ada benda yang berselerak, kemaskan dengan segera. Hal ini akan membantu diri kita menjadi lebih strategik, mudah mencari barang bahkan lebih tenang kerana tidak penyerabutkan pandangan dan otak.

8. Bermain dengan bayi atau kanak-kanak di bawah umur 4 tahun atau warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Terapikan minda dengan gelagat dan nasihat mereka.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan