* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 1 November 2019

TITIK POSITIF HARI KE-305 2018

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-305 2018
31 Okt. 2018M
21 Safar 1440H
Rabu

KITA HANYA AKAN DINILAI DENGAN BAIK BILA BERADA DI TEMPAT YANG BETUL


Si Kerdil hidangkan coretan sahabat yang hebat  untuk tatapan semua. Semoga menjadi jariah berpanjangan untuk beliau.

Seorang ayah sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".

Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar". 

Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula. 

Si anakpun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".

Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut". 

Lalu si anakpun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"

Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan