* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 7 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 341 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 341 2019
7 Dis. 2019M
10 Rabi'ul Akhir 1441H

Sabtu


Memaafkan Dan Membiarkannya Pergi. 

Memerangi kejahatan dengan kejahatan tidak akan membantu siapapun.
Memerangi kekerasan dengan kekerasan juga tidak akan membuahkan hasil yang berkesan
Kita selalunya memiliki pilihan bagaimana untuk bereaksi terhadap sesuatu. Ketika kita berfikir dalam kebiasaan, luangkan masa untuk berfikir di luar kebiasaan tersebut.
Cubalah hadapi kekerasan dengan kelembutan.
Cubalah hadapi kejahatan dengan kebaikan.

Kita sedar bahawa mengampuni dan melepaskan masa lalu akan membebaskan kita daripada belenggu atau himpitan perasaan. Keluarlah daripada belenggu dan belitan perasaan yang memperlahankan perjalanan hidup kita.

Menghabiskan waktu hanya dengan ingatan atau andaian negatif, tidak akan membantu kita mempelajari sesuatu daripada pengalaman hidup.
Kita akan lebih menderita dan ditinggalkan peluang yang datang hanya sekali.

Jika kita tidak memaafkan, maka kita membiarkan masa lalu atau orang lain mengawal perasaan kita. Sebaliknya.. dengan memaafkan, kita dapat melepaskan diri daripada belenggu tersebut. Kemudian kita dapat fokus sepenuhnya kepada perencanaan hidup berikutnya. 

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan