Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 345 2019
11 Dis. 2019M
14 Rabi'ul Akhir 1441H
Rabu
Lima Soalan Menilai Diri Untuk Maju Menjadi Pemimpin Hebat
Sama ada kita seorang pemimpin atau tidak, soalan-soalan ini boleh membantu kita untuk memantapkan kekuatan diri dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan.
Ini akan meningkatkan keupayaan kita untuk memberi khidmat dan manfaat dengan lebih baik kepada diri sendiri dan orang lain.
1. Adakah jawapan kepada soalan ‘Mengapa’ bagi perkara yang sedang kita lakukan sama seperti dahulu?
Walaupun keutamaan, perancangan dan cara sesuatu dilaksanakan berubah dari masa ke masa, sebab utama mengapa kita melakukan sesuatu itu sekarang haruslah menjadi batu asas yang membina segala-galanya. Jika kita merasa mengapa itu sudah tersasar, ini mungkin petanda bahawa kita telah menyimpang, sama ada banyak atau sedikit, daripada nilai atau visi. Jika ini yang terjadi, langkah seterusnya adalah bertanya pada diri akan perkara yang perlu kita lakukan dalam jangka masa pendek atau panjang, supaya kita dapat kembali ke pangkal jalan.
2. Bagaimana kita boleh membentuk diri menjadi seorang pemimpin?
Mana-mana pemimpin yang berpendapat mereka sudah ‘arif dalam semua perkara apabila mencapai suatu tahap sebenarnya mengundang bencana pada diri sendiri. Apabila sesuatu urusan yang dikendalikan berjalan lancar, kita berasa seolah-olah sudah tahu semua perkara berkenaan kerja dan industri yang diceburi. Ramai orang mudah jatuh dalam perangkap sebegini. Namun seperti mana-mana aspek kehidupan, ada sepak terajangnya. Hanya pemimpin yang sentiasa tangkas, ingin tahu dan terus belajar yang dapat menyesuaikan diri dengan ujian terbesar dan tidak terjangka ini.
3. Adakah kita mudah dihubungi?
Ramai pemimpin mengamalkan ‘polisi terbuka’, iaitu sesiapa sahaja boleh datang berjumpa dan berbual dengan mereka pada bila-bila masa. Ini merupakan permulaan yang baik, namun untuk menjadikan diri mudah dihubungi, ini tidak terhad kepada perjumpaan fizikal sahaja. Kita perlu bertanya soalan seperti: Adakah kita seorang pendengar yang baik? Adakah kita memberi sokongan yang cukup kepada kakitangan kita? Adakah kita berusaha untuk menunjukkan penghargaan dengan ikhlas atas sumbangan mereka? Adakah kita mengambil kira saranan dan idea orang lain seperti yang kita fikirkan?
4. Adakah maklum balas yang kita peroleh itu mencukupi?
Salah satu tindakan paling berani yang boleh dilaksanakan seseorang pemimpin adalah mendapatkan maklum balas yang jujur dan membina berkenaan prestasinya. Ini boleh dilakukan sama ada secara formal dalam kumpulan, atau secara santai melalui perbualan bersemuka sambil minum kopi. Apapun pilihan kita, pemimpin lebih memerlukan maklum balas berbanding orang lain kerana kita lebih mudah menerima komen positif daripada orang lain, sama ada yang ikhlas atau sebaliknya. Dengan ini, para pemimpin perlu lebih giat mendapatkan cadangan berkenaan aspek yang boleh ditambahbaikkan. Ini mungkin menyebabkan ego kita tercalar, namun seperti kata pepatah, Tak Sakit Tak Dapat Apa-Apa, ini sememangnya cara yang terbaik dalam memastikan seseorang pemimpin terus berkembang.
5. Jika kita salah seorang daripada pekerja, berapa markah yang akan kita berikan pada diri – dan apa sebabnya?
Menilai diri adalah kerja yang rumit memandangkan ada macam-macam pendirian berat sebelah yang kita jadikan sebagai mekanisme penghadang untuk menolak kritikan. Untuk memperoleh kebolehan mengesan pandangan yang jujur tentang diri, ini merupakan kemahiran yang diasah masa demi masa. Bagi melancarkan proses ini, cubalah meletakkan diri kita di tempat rakan sekerja seorang demi seorang, dan cuba memberi markah pada diri dari sudut pandang mereka, sejujur yang mungkin. Dari sini, jika ada apa-apa isu, kita akan ajukan soalan pada diri sendiri tentang sebab sesuatu masalah itu timbul dan cara untuk menanganinya. Dengan pendekatan sebegini, kita dapat berusaha membina hubungan yang terbaik dengan semua orang yang bekerja dalam pasukan kita.
kredit untuk Roshan Thiran
#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::
Catat Ulasan