Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 351 2019
17 Dis. 2019M
20 Rabi'ul Akhir 1441H
Selasa
Mengenali dan mendidik budi dalam diri...
خُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُو۟رِيكُمْ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
(Al Anbiya': 37)
Oleh kerana itu, manusia perlu belajar, berlatih mendidik dan mengawal diri agar tidak dikuasai oleh sikap dan perangai tergopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru, bahkan belajarlah tenang dan berhati-hati ( anaah أناة ).
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَنَاةُ مِنْ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنْ الشَّيْطَانِ
(رواه الترمذي)
Sifat hati-hati (waspada) itu dari Allah dan tergesa-gesa itu godaan dari syaitan.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
قال ابن القيم: لا حكمة لجاهل ولا طائش ولا عجول
Imam Ibnu Qayyim berkata:
"Tidak ada hikmah kebijaksanaan bagi seorang yang jahil, juga seorang yang cuai dan juga seorang yang terburu-buru".
Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah ( أناة ) itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf ( توقف ) dan taanni ( تأني ). Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksanaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati pada permulaan dan semasa melaksanakan sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar sehingga tercapai matlamat.
Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.
Sikap gopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru merupakan penyakit hati berpunca daripada keinginan nafsu yang tersembunyi yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah melakukannya mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu.
Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Akhirnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan atau kecuaian sehingga melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.
#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::
Catat Ulasan