* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 26 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 360 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 360 2019
26 Dis. 2019M
29 Rabi'ul Akhir 1441H
Khamis

NILAI ETIKA TERAS


1) Integriti : Amalan integriti akan membuahkan keyakinan dan kepercayaan. Keutuhan repotasi kita akan lebih dihormati dan menepati kehendak organisasi dan masyarakat luar.

2) Jujur : Kesungguhan untuk berlaku jujur tidak sepatutnya dibuat hanya untuk mematuhi undang-undang atau peraturan sahaja...  sebaliknya, ia hendaklah disemai sebagai satu prinsip untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. 

3) SaksamaAmalan diskriminasi dalam pematuhan SOP atau peraturan akan meninggalkan kesan yang negatif kepada repotasi diri sendiri dan juga sesebuah organisasi. 

4) Bertanggungjawab : Komitmen dan kebertanggungjawaban yang tinggi akan membentuk perkhidmatan yang cekap, inovatif dan konsisten dengan keperluan. 

5) Cekap : Kemahiran dan inovasi dalam perkhidmatan akan menghasilkan budaya kerja yang cekap dan cepat.

6) Boleh dipercayai : Kebolehpercayaan dari pelbagai arah akan membina repotasi positif kepada diri sendiri dan organisasi.

7) Taat : Ketaatan kepada Tuhan dan menghormati keputusan ketua atau organisasi , serta tidak membelakangi ketua akan memperkukuhkan organisasi.

8) Kental : Semangat kesabaran dan kesungguhan akan membina keyakinan yang tinggi.
#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

0 komen ::

Catat Ulasan