* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 20 September 2024

TP 2449 TITIK POSITIF HARI 258 2024M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2449
TITIK POSITIF HARI 258 2024M
14 Sept 2024M
TITIK POSITIF HARI 69 1446H
10 Rabi'ul Awwal 1446H
Sabtu


Kita melihat hidup orang lain begitu nikmat, rupa-rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu mengeluh.

Kita melihat hidup rakan-rakan kita tiada duka dan kepedihan, rupa-upanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan reda.

Kita melihat hidup saudara kita tenang tanpa ujian, rupa-rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Kita melihat hidup sahabat kita begitu sempurna, rupa-rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Kita melihat hidup jiran tetangga kita sangat beruntung, rupa-rupanya dia selalu tunduk bergantung kepada Allah SWT.

Setiap hari kita belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang kita temui, t
ernyata bahawa kita yang kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Di satu sudut dunia lain masih ada yang tidak bertuah dan memiliki apa yang kita ada.

Allah SWT tidak pernah mengurangkan ketetapanNya. Hanya kita mungkin yang masih mengkufuri nikmat dan suratan takdir Ilahi. Maka tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin kita belum tahu di mana rezeki kita tetapi rezeki kita tahu di mana diri kita berada.

Kadang-kadang kita keliru bila bertawakkal, rezeki hanya difahami daripada hasil bekerja sedangkan bekerja adalah ibadah, mana kala rezeki itu urusan Allah SWT.

Kadang-kadang kita lupa.. kita hanya membanting tulang, demi angka simpanan yang mungkin esok akan ditinggal mati. Kita lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya. Ikhtiar itu perbuatan, rezeki itu satu kejutan.

Setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa" kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik". Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

- kredit kepada penulis asal -

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Channel Whatsapp 1TP1H : https://whatsapp.com/channel/0029Va6Mjaa2Jl8G8kYWFl1G
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Blog 1TP1H : https://titikpositif.blogspot.com

0 komen ::

Catat Ulasan