* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 26 Oktober 2024

TP 2480 TITIK POSITIF HARI 289 2024M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2480
TITIK POSITIF HARI 289 2024M
15 Okt. 2024M
TITIK POSITIF HARI 100 1446H
12 Rabi'ul Akhir 1446H
Selasa


CARA IMAM SYAFI'E MENGAJAR MURID "SLOW LEANER'

Imam Baihaqi menulis dalam kitab Manaqib Imam Syafi'e, bagaimana cara Imam Syafi'e mengajar salah satu muridnya yang sangat perlahan dalam memahami pelajaran.

Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling 'slow learner'. Berkali-kali diterangkan oleh gurunya, Imam Syafi'e, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafi'e bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.

Dengan kesabaranya, Imam Syafi'emengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum. Berulang diterangkan sampai 39 kali,  Rabi’ tidak juga paham.

Rabi' rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai kelas, Imam Syafi'e mencari Robi’, dan mengajak ”Robi’ ... kemarilah, datanglah ke rumahku!”.

Sebagai seorang guru, Imam Syafi'e sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan. Beliau mengajar Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga faham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa? dan menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Bahkan beliau berkata, ”Muridku, setakat inilah kemampuanku mengajarmu. Jika Engkau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allahlah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”

Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan inilah yang dibuat oleh Rabi'.

Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian membesar dan menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafi'e dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya. 

Seorang 'slow learner' berpotensi menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.

Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Adakah kita yakin bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Channel Whatsapp 1TP1H : https://whatsapp.com/channel/0029Va6Mjaa2Jl8G8kYWFl1G
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Blog 1TP1H : https://titikpositif.blogspot.com

0 komen ::

Catat Ulasan