* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 3 Disember 2025

TP 2839 TITIK POSITIF HARI 280 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2839
TITIK POSITIF HARI 280 2025M
9 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 105 1447H
17 Rabiul Akhir 1447H
Khamis

Ketika kita ingin hidup kaya, kita lupa bahawa hidup ini adalah kekayaan.
Ketika kita takut memberi, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah pemberian.
Ketika kita ingin jadi yang paling kuat, kita lupa bahawa dalam kelemahan, Allah memberi kita kekuatan.
Ketika kita takut rugi, kita lupa bahawa hidup kita adalah satu keberuntungan.
Hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri apa yang telah ada. Adakalanya yang terindah, bukanlah yang terbaik.
Yang sempurna tidak menjanjikan kebahagiaan. Kebahagian sebenar ialah ketika kita mampu dan mahu menerima semua kekurangan dan kelebihan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
Selasa, 2 Disember 2025

TP 2838 TITIK POSITIF HARI 279 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2838
TITIK POSITIF HARI 279 2025M
8 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 104 1447H
16 Rabiul Akhir 1447H
Rabu

BELAJARLAH BERUZLAH / BERSENDIRIAN

Kalau nak jadi baik, nak jadi penawar. Belajarlah untuk bersendirian seketika.. Cari waktu yang paling sesuai.
Kita boleh berzikir .. boleh membaca Al-Quran.. boleh bermuhasabah. Boleh cari kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
Cari diri kita. Siapa kita. Kita datang dari mana? Kemana kita akan pergi?
Apa tujuan kita hidup?  Apa matlamat?
Bagaimana kesudahannya?

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

TP 2837 TITIK POSITIF HARI 278 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2837
TITIK POSITIF HARI 278 2025M
7 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 103 1447H
15 Rabiul Akhir 1447H
Selasa

Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi."

- Buya Hamka -

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
Sabtu, 8 November 2025

TP 2836 TITIK POSITIF HARI 277 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2836
TITIK POSITIF HARI 277 2025M
6 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 102 1447H
14 Rabiul Akhir 1447H
Isnin

Berkatalah yang baik-baik, buatlah yang baik-baik. Doalah yang baik-baik kerana setiap kebajikan meskipun tidak dibalas baik, itu akan membawa kepada kebaikan kepada diri sendiri.
Tidak perlu terasa hati.
Tidak perlu sakit hati.
Ikhlaskan semuanya kerana Allah SWT telah berjanji setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, tenang saja.. Allah amat menegtahui bila waktunya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

TP 2835 TITIK POSITIF HARI 276 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2835
TITIK POSITIF HARI 276 2025M
5 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 101 1447H
13 Rabiul Akhir 1447H
Ahad

Setiap perubahan itu datangnya daripada diri sendiri.
Seramai manapun orang memberi nasihat, kalau kita diri sendiri tidak mahu berubah, ia tidak akan berubah.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

TP 2834 TITIK POSITIF HARI 275 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2834
TITIK POSITIF HARI 275 2025M
4 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 100 1447H
12 Rabiul Akhir 1447H
Sabtu

ORANG YANG TIDAK PERLU DALAM CIRCLE KITA

1) Orang yang sebarkan aura negatif. Mereka mudah tersinggung, suka cerita buruk orang dan sebagainya.
2) Suka kritik kita setiap waktu. Apa sahaja yang kita lakukan adalah salah dimatanya.
3) Orang yang buang masa kita. Kita menantinya dan paksa kita ikut aktiviti yang tidak bermanfaat.
4) Kuat cemburu. Apa sahaja yang orang lakukan, dia cepat cemburu.
5) Orang yang merasakan dirinya mangsa keadaan. Kuat mengeluh salahkan orang lain setiap waktu.
6) Orang yang tidak peduli perasaan kita. Waktu kita sedih, dia masih buat lawak tak kelakar.
7) Orang yang selft-centred. Kita perlu ikut standard dia, dia sahaja yang betul.
8) Orang yang suka meminjam. Semua benda dia nak pinjam dan selalu tak pulangkan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

TP 2833 TITIK POSITIF HARI 274 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2833
TITIK POSITIF HARI 274 2025M
3 Okt. 2025M
TITIK POSITIF HARI 99 1447H
11 Rabiul Akhir 1447H
Jumaat

Kadang-kadang hidayah tidak datang dari rumah, masjid ataupun sekolah. Ia boleh datang daripada persekitaran dan persahabatan yang baik.

"Seseorang berada di atas agama sahabat karubnya, maka hendaklah salah seorang kalian meneliti siapa yang dijadikan sebagai sahabat karicnya."

Memiliki sahabat yang baik adalah salah satu jalan menuju petunjuk Allah SWT kerana sahabat itu adalah sahib (menarik).

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70