* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 30 November 2009

Luahan ibu pelajar

Sumber : e-mail anda Harian Metro

SAYA percaya ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana cukup lega apabila Kementerian Pelajaran menghapuskan yuran sekolah sejak tahun lalu. Malangnya kini pihak sekolah mengenakan bayaran tambahan bagi menggantikan yuran yang dimansuhkan termasuk di Johor.

Kami sebagai ibu bapa berasa tertipu kerana terpaksa membayar lebih daripada yuran yang dulunya dikenakan. Selepas yuran sekolah dimansuhkan kerajaan, pihak sekolah mengenakan sumbangan PIBG lebih banyak daripada biasa.

Dulu sumbangan PIBG hanya RM10 hingga RM20 bagi satu keluarga, tetapi kini pihak sekolah mengenakan bayaran RM40. Ini tidak termasuk bayaran tambahan untuk kertas peperiksaan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) kokurikulum dan lain-lain.

Ini bermakna sama saja dengan bayaran yuran yang dulunya ibu bapa bayar cuma namanya saja ditukar daripada yuran sekolah kepada bayaran tambahan.

Isu ini memang tidak habis-habis diperkatakan ibu bapa dari dulu hingga kini. Bayangkanlah duit buku saja sudah mencecah RM230 untuk sesi 2010. Jika dimasukkan bayaran tambahan iaitu bayaran PIBG dan lain-lain untuk seorang anak saya terpaksa keluarkan RM310 bagi anak yang akan menduduki tingkatan satu tahun depan.

Saya juga mempunyai anak di tingkatan dua dan tahun tiga pada 2010. Saya anggarkan kira-kira RM700 untuk bayaran persekolahan di awal tahun depan.

Ini tidak termasuk pakaian seragam (kokurikulum), alat tulis, beg, uniform dan sebagainya. Ibu bapa terpaksa membelanjakan hampir RM1,000 untuk bulan pertama. Mana kami nak mencari duit. Sebagai contoh, gaji saya sebulan cuma RM1,000. Perbelanjaan harian dan bulanan seperti rumah, kereta, petrol, makan, duit sekolah, tambang ke sekolah juga perlu diambil kira.

Untuk sesi 2009, saya terpaksa berhutang dengan sekolah sebanyak RM145 bagi bayaran tambahan RM50, kelas tambahan UPSR RM55 dan kelas komputer RM40. Oleh kerana hutang berkenaan, keputusan UPSR anak saya ditahan pihak sekolah, malah untuk mengetahuinya secara kasar juga tidak dibenarkan.

Saya menelefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan UPSR anak, tetapi hampa bila telefon diletakkan tanpa belas kasihan.

Kalau setakat hanya diberitahu berapa A, B atau C yang anak saya dapat, apalah yang saya boleh buat dengan keputusan berkenaan tanpa sijil asal? Saya benar-benar rasa terhina.

Keesokannya saya ke sekolah bagi meminta dikurangkan bayaran hutang berkenaan, tetapi sekali lagi saya ‘dibahasakan’ oleh penolong kanan. Saya faham yang saya berhutang, saya juga akui lewat bertemu guru besar kerana masalah ini.

Saya bekerja dan saya mempunyai pelbagai masalah di sekeliling, tetapi sebagai guru yang mengetahui saya mempunyai masalah sepatutnya memahami, bukan memarahi sekurang-kurangnya dengar dulu penjelasan saya.

Tetapi guru itu mengatakan: “Sepatutnya sebagai penjaga perlu menyediakan secukupnya keperluan anak kerana dia juga dulu hidup susah, tetapi bapanya menyediakan secukupnya segala keperluan sekolahnya”.

Guru itu perlu tahu, anak zaman sekarang dengan anak zaman dulu berbeza. Saya juga inginkan keselesaan anak, jadi saya beli sebuah rumah walaupun kecil, saya beli sebuah kereta Kancil walaupun kecil mudah saya bawa empat anak saya walau dalam cuaca hujan.

Saya beli TV supaya anak tidak berasa ketinggalan bila bersama rakan, saya sediakan yang termampu untuk anak, saya habiskan duit gaji untuk keselesaan anak.

Guru itu menilai saya umpama saya tidak bertanggungjawab terhadap anak, sedangkan saya menyatakan kepada guru berkenaan yang suami saya tidak mengambil berat mengenai masalah dan perihal sekolah anak.

Beliau menghukum saya tanpa mendengar penjelasan saya. Semua anak saya yang uruskan persekolahan, saya juga yang memikirkan di mana anak perlu bersekolah, pengangkutan untuk ke sekolah dan segala hal.

Senang cerita sayalah ibu, sayalah bapa, cuma saya ada suami yang beri keluarga makan dan sedikit perbelanjaan harian. Kini saya perlu menanggung beban bayaran rumah, kereta dan sebagainya.

Sukar hendak saya terangkan keadaan saya. Walaupun begitu, masalah keluarga saya sudah diajukan kepada Pejabat Pelajaran ............ dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ...............

Biasanya ibu tunggal menerima bantuan, pelajar miskin menerima bantuan, tetapi saya bukan ibu tunggal juga bukan miskin cuma kurang kemampuan. Sayalah ibu, sayalah bapa dalam hal persekolahan anak dan dalam segala urusan.

Suami hanya menghantar anak ke sekolah dan memberi duit belanja sekolah. Dia hanya beri duit buku sekadar termampu. Jika dia mempunyai RM300, itu saja yang diberi. Yang lain-lain saya perlu minta penangguhan bayaran daripada guru.

Pakaian seragam sekolah anak saya guna wang sendiri, baju kurung anak perempuan dan baju sekolah agama bolehlah saya jahit sendiri. Baju kemeja dan seluar lelaki terpaksa saya beli siap. Sehelai RM20, seorang anak sekurang-kurangnya memerlukan dua helai dan biasanya membelanjakan RM150 untuk pakaian sekolah.

Saya berharap Harian Metro menyiarkan luahan hati saya sebagai ibu. Saya juga harap Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Johor dapat membuat tindakan dalam masalah ini.

Saya cadangkan kementerian pantau buku sekolah yang disenaraikan untuk dibeli. Apakah perlu dan adakah ia digunakan hingga habis. Harga buku terlalu mahal kerana ada sekolah mengenakan tidak sampai RM100 untuk pelajar tingkatan satu.

Sumbangan PIBG perlu mengikut kemampuan ibu bapa, namanya pun sumbangan, ia lebih kepada keikhlasan seseorang. Bayaran tambahan patut dimansuhkan selepas yuran dimansuhkan. Jika sangat penting barulah dibuat surat pekeliling terutama ibu bapa yang kurang berkemampuan.

IBU MALANG

.........., Johor.

1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

biasalah rakyat didahulukan bayar

Catat Ulasan