* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 22 Disember 2009

Guru pendidikan khas tunjuk komitmen tinggi walaupun berdepan kesukaran

PENSYARAH Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Hanafi Mohd Yasin, mengemukakan pandangan mengenai kecelaruan penempatan pelajar pekak bermasalah pembelajaran (PBP) seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

PELAJAR istimewa dengan pelbagai kecacatan kerap menghadapi masalah salah penempatan iaitu mereka ditempatkan di satu kategori program pendidikan khas saja.

Hal ini berikutan dasar Bahagian Pendidikan Khas (BPK) yang hanya merujuk kepada laporan pengamal perubatan bagi membuat penempatan.

Sebagai contoh, PBP ditempatkan di salah satu jenis program saja, iaitu sama ada masalah pendengaran ataupun masalah pembelajaran.

Setiap kurikulum terbabit hanya dapat memenuhi satu keperluan kategori pelajar saja dan tidak sesuai untuk pelajar istimewa yang mempunyai pelbagai kecacatan.



PBP boleh dikenalpasti guru pendidikan khas menerusi akademik, linguistik dan persamaan ciri masalah pembelajaran.

Mereka mempunyai masalah pembelajaran ketara dan berbeza dengan pelajar pekak dari segi akademik, sosial dan tingkah laku.

Antara ciri dikaitkan dengan pelajar PBP adalah boleh memahami dan menuruti arahan guru namun berdepan masalah memberi perhatian dalam kelas.

Mereka juga dikatakan mampu memberi kerjasama dan melaksanakan tugasan diberi guru tetapi tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Pelajar PBP juga tidak mempunyai masalah sosial dengan pelajar pekak walaupun terdapat segelintir mempunyai masalah sosial iaitu suka menyendiri dan mengasingkan diri.

Kajian dijalankan bersama rakan sejawatan iaitu Lee Tur Chung, Hasnah Toran serta Mohd Mokhtar Tahar, terhadap guru di sembilan sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi sekitar Lembah Klang menunjukkan 48 peratus responden suka mengajar pelajar PBP walaupun mengakui mereka sukar diajar.

Ini menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi di kalangan guru pendidikan khas apabila mengendali pelajar PBP walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Malah 94 peratus guru yang terbabit dalam kajian itu menyatakan hasrat ingin meningkatkan kemahiran pengajaran pelajar PBP.

Ketiadaan peluang latihan dan kursus berkaitan PBP tidak menghalang guru terbabit melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan dengan meminta nasihat serta pandangan daripada guru pakar dalam bidang masalah pembelajaran termasuk aspek pendekatan, kaedah dan teknik penyelesaian masalah.

Ini menunjukkan guru pendidikan khas tidak akan meminggirkan pelajar PBP walaupun mereka menghadapi kesukaran mengajar pelajar PBP.

Kebanyakan guru terbabit juga berpendapat kemudahan dan kurikulum program pendidikan khas masalah pembelajaran adalah lebih sesuai bagi pelajar PBP kerana ia kurang cenderung kepada akademik sebaliknya memberi penekanan terhadap latihan vokasional dan kemahiran hidup.

Hasil kajian ini menunjukkan guru pendidikan khas menghadapi pelbagai cabaran dengan kecelaruan penempatan pelajar PBP dalam program pendidikan khas.

Satu garis panduan penempatan pelajar pelbagai kecacatan terutama PBP yang bersesuaian perlu disediakan BPK dan Kementerian Kesihatan agar dapat mengurangkan rintangan dan cabaran dihadapi guru pendidikan khas.

Latihan bersepadu seperti pengkhususan pelbagai kecacatan yang sewajarnya perlu ditawarkan pihak universiti dan institusi perguruan untuk melahirkan ramai guru pendidikan khas yang mempunyai kepakaran mengendali pelajar istimewa dengan beberapa kecacatan.

Dengan adanya kajian serta latihan bagi pelajar pelbagai kecacatan, kualiti pendidikan khas di negara ini dapat ditingkatkan sejajar deklarasi Pendidikan Untuk Semua.

Sumber : Berita Harian

0 komen ::

Catat Ulasan