* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 20 Disember 2009

Guru sukan dikenal pasti

Sumber : Utusan Malaysia

Kementerian Pelajaran mengenal pasti beberapa guru sukan profesional untuk ditempatkan di sekolah harian biasa di seluruh negara bagi memantapkan aktiviti sukan peringkat sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penempatan mereka selaras dengan langkah kerajaan untuk menjadikan sukan satu elemen penting dalam pendidikan mulai tahun depan.

Menurutnya, guru terbabit yang diberikan latihan khas akan ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu di setiap daerah bagi membolehkan kepakaran mereka dikongsi bersama oleh sekolah-sekolah berhampiran.

''Tujuannya kita hendak melihat sekolah melahirkan ahli-ahli sukan negara suatu hari nanti," katanya ketika merasmikan gelanggang sukan pelbagai guna dan pertandingan futsal di Pantai Rekreasi Punggur, Rengit di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil.

Menurutnya, walaupun guru sukan profesional ditempatkan di setiap daerah namun pembinaan sekolah sukan tetap diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memandang serius perkembangan sukan sekolah dan mahu kokurikulum itu dimantapkan lagi.#

0 komen ::

Catat Ulasan