* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 6 Disember 2009

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua dengan Efikasi Kendiri Guru

Kepemimpinan transformational cuba mengangkat efikasi-kendiri subordinat ke arah pengeluaran hasil di luar jangkaan (Bass dan Arolio, 1990). Hubungan ini telah disahkan dalam kajian Hipp (1996), Hipp dan Bredeson (1990), serta Reames dan Spencer (1998). Kepemimpinan transformational mungkin merupakan antara teori kepemimpinan yang berkemungkinan besar boleh menceritakan watak kepemimpinan pengetua pada masa akan datang. Jenis kepemimpinan ini memiliki ciri-ciri seperti berkarismatik, berupaya memberikan inspirasi kepada orang lain, memiliki pertimbangan individu dan rangsangan intelektual (Zawawi, 1999). Kepimpinan transformational dapat merangsangkan orang lain supaya yakin kepada kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya. Pengetua yang mengamalkan kepemimpinan transformational dapat meningkatkan efikasi-kendiri guru. Penggunaan kebolehan tersebut secara tidak langsung dapat membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Ikuti kupasan selanjutnya di sini.

0 komen ::

Catat Ulasan