Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 15 Disember 2009 (SMK SRI PUTRA, Bangi sudah lima tahun projek tidak siap).
Untuk makluman, Projek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Putra telah diberi milik tapak untuk pembinaan sekolah pada 5 April 2007 dan tarikh siap asal sekolah ini adalah pada 4 Disember 2008. Projek ini juga telah diberi Lanjutan Masa sehingga No.2 dan Lanjutan Masa yang terakhir adalah pada 27 Mac 2009.
Walau bagaimanapun, projek pembinaan sekolah ini masih tidak dapat disiapkan dan KPM telah mengeluarkan 2 NOTIS kepada kontraktor supaya kerja-kerja di tapak ditingkatkan dan disiapkan segera mengikut jadual. Oleh kerana pihak kontraktor masih gagal menyiapkan kerja-kerja di tapak mengikut jadual yang telah ditetapkan, NOTIS PENAMATAN telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor pada 21 Oktober 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dan dalam proses melantik kontraktor baru bagi menyiapkan projek ini.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
21 DISEMBER 2009
0 komen ::
Catat Ulasan