Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam Surat Kepada Pengarang (NEW STRAITS TIMES bertarikh 5 Februari 2010 – What’s the point of having such teachers?) olehS.A. Bau Pahat, Johor.
Untuk makluman, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pelajaran Malaysia membuat pemilihan guru-guru untuk dilibatkan dalam penggubalan soalan bagi mata pelajaran bahasa peringkat UPSR, PMR mahupun SPM adalah terdiri daripada para guru yang berpengalaman, berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar serta mempunyai pengetahuan luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan kaedah serta teknik penggubalan soalan peperiksaan. Dengan kata lain, panel penggubal soalan ini lazimnya terdiri daripada guru, guru cemerlang, guru kanan mata pelajaran, pegawai peperiksaan di Pejabat Pelajaran Daerah, dan pegawai peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri.
Baca lagi...
Baca lagi...
0 komen ::
Catat Ulasan