Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) TAHUN 2010.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia berkaitan perkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008 adalah berkaitan dan dirujuk.
SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.
Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu :
1. Pengiraan Indeks Jisim Badan
2. Ujian Naik Turun Bangku Selama (3 Minit)
3. Ujian Tekan Tubi
4. Ujian Ringkuk Tubi Separa.
5. Ujian Jangkauan Melunjur
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah :
a. Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac (1-12 Mac 2010) dan Julai (12-30 Julai 2010).
c. Data Penilaian SEGAK hendaklah dimasukkan dalam Aplikasi SEGAK yang dibekalkan melalui CD SEGAK Edisi Kedua (Tahun 2010) terbitan Jabatan Pelajaran Johor ke semua sekolah.
Data berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini secara ‘softcopy’ dengan memuatnaik 'text file' ke Aplikasi Atas Talian e-SEGAK di laman blog ini seperti ketetapan berikut :
i. Kutipan Bil.1/2010 Bulan Mac hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2010.
ii. Kutipan Bil.2/2010 Bulan Julai hendaklah dihantar pada atau sebelum 16 Ogos 2010.
d. Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan.
e. Semua data penilaian hendaklah direkod menggunakan instrumen yang dibekalkan dalam CD SEGAK.
f. Data yang diperolehi daripada penilaian SEGAK perlu direkod di dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
g. Penilaian SEGAK perlu dibuat ke atas murid tahun 4,5, dan 6 serta Tingkatan 1,2,3,4,dan 5.
Sekian untuk tindakan tuan.
Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi SEGAK
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen ::
Catat Ulasan