Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Aplikasi Atas Talian : e-Kehadiran (Akademik) ditutup mulai hari ini, 1 Mac 2010.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini, aplikasi berkenaan wajar ditutup selepas mengambil kira kekeliruan yang timbul di peringkat sekolah. Dengan semangat HIKMAH yang ada dalam slogan MERSING HEBAT, penutupan aplikasi tersebut adalah lebih baik.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang begitu baik dan komited melaporkan KEHADIRAN MURID, GURU DAN KAKITANGAN secara konsisten sepanjang pelaksanaan aplikasi berkenaan sepanjang dua tahun sejak 2008.
Sehubungan itu, untuk tatapan dan semakan tuan, laporan penuh mengikut sekolah akan dipaparkan di laman blog ini sedikit masa lagi.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen ::
Catat Ulasan