Tuan,
Mohon kerjasama tuan untuk menghantar senarai nama calon yang akan menghadiri taklimat di atas. Setiap sekolah dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya:-
Sekolah Menengah : 8 orang calon
Sekolah Rendah : 5 orang calon
Sekolah Kurang Murid(SKM) : 1 orang calon
Syarat/kriteria pemilihan calon adalah seperti berikut:-
i) Mengajar Subjek Opsyen sekurang-kurangnya 5 tahun
ii) Markah Prestasi 85% ke atas bagi 3 tahun ke belakang
iii) Telah dilantik dan disahkan dalam perkhidmatan
Untuk makluman tuan, surat bercetak berkenaan perkara ini telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada 19 April 2011.
Walaubagaimana pun, terdapat sedikit ralat di mana format Lampiran 1 yang telah diedarkan tidak mengandungi kolum "Markah Prestasi". Sehubungan itu, sila gunakan format Lampiran 1 yang disertakan di dalam hebahan ini.
Mohon tindakan SEGERA dari pihak tuan untuk melengkapkan dan menghantar Lampiran 1 ke PPD Mersing (U.P: PPPD Pengurusan Kualiti-En. Mohd Fakarudin Bin Hussain) pada atau sebelum 22 April 2011.
Sekian, terima kasih.
Lampiran : calon_guru_cemerlang_2011.doc
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing
0 komen ::
Catat Ulasan