* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 28 April 2011

Peringatan : Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor 2011

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Minit Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2011 pada 6 April 2011 , hebahan kami sebelum ini, surat JPNJ yang diedarkan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam Taklimat Program Pengarah Turun Padang pada 26 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :

0 komen ::

Catat Ulasan