Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan melaksanakan program di atas dengan tujuan membantu pihak pengurusan sekolah mengenalpasti kualiti pengurusan melalui Audit Dokumen dan usaha-usaha peningkatan program penambahbaikan serta amalan terbaik yang boleh dijadikan”Benchmark” untuk sekolah-sekolah di negeri Johor.
Bagi tujuan tersebut, dan atas dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah pada sesi ini program PPKKPS adalah merupakan program penarafan kendiri sekolah yang akan diikuti dengan sesi perbengkelan di peringkat daerah. Fokus perbengkelan adalah kepada isu dan cabaran sekolah untuk program penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah.
Sehubungan itu semua sekolah diminta untuk melaksanakan Penarafan Kendiri Audit Dokumen PPKKPS Fasa 1/2011 yang boleh dimuat turun melalui Portal Jabatan Pelajaran Johor atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.Rumusan Skor PPKKPS penarafan kendiri sekolah hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah untuk dibuat penyatuan sebagaimana tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Pihak sekolah juga diminta untuk menyediakan dokumen rujukan yang perlu di bawa dalam sesi perbengkelan seperti di LAMPIRAN 1.
Bahan-bahan taklimat sila klik disini
0 komen ::
Catat Ulasan