* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 13 Julai 2011

Makluman : Pelantikan dan Perubahan Jawatan Pegawai

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya kami merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyahut seruan FARDHU KIFAYAH bagi membantu mengurus pendidikan di daerah Mersing.

Ucapan penghargaan juga disematkan buat rakan-rakan yang sudi berkhidmat di PPD Mersing kerana sanggup berkorban melepaskan peluang-peluang kenaikan pangkat yang lebih luas di sekolah.

Ini sekaligus menambahkan lagi semangat kami pegawai dan staf sedia ada di PPD Mersing untuk terus memartabatkan pengurusan pendidikan di bumi bertuah ini.

Harapan kami kepada rakan-rakan di luar sana, terutama ANAK-ANAK JATI MERSING agar dapat turut sama bersama kami memajukan pendidikan di daerah ini.

Apa yang penting.. buatlah yang terbaik walau di mana kita berada.

Berikut adalah pelantikan dan perubahan jawatan pegawai untuk makluman para pengunjung yang budiman :

1. Ahmad Shahrol bin Mokhtar @ Jusoh, Guru Media di SMK Sri Mersing dilantik sebagai PPPD Perhubungan.
2. Rafidah binti Mohammed, Guru j-QAF di SK Bandar Mersing dilantik sebagai PPPD j-QAF.
3. Mohd. Fakaruddin bin Hussain, PPPD Jaminan Kualiti bertukar jawatan sebagai PPPD Menengah (Murid)
4. Fakarudin A.Ghani, FasiLINUS bertukar jawatan sebagai PPPD BM (Rendah).
5. Zulkarnain A.Rahman, guru di SMK Sri Mersing dilantik sebagai PPPD Pra Sekolah.
6. Saadon bin Saman, guru di SMK Ungku Husin dilantik sebagai PPPD Bahasa Inggeris (Menengah)

Sekian. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan