Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan, Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan satu program lawatan penandaarasaan ke sekolah-sekolah di luar negara. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu warga pendidikan negeri Johor untuk melaksanakan program pengantarabangsaan sekolah/unit/sektor masing-masing agar lebih tersusun, terarah dan sistematik.
Penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak, namun keutamaan akan diberikan kepada Guru Program Pengantarabangsaan di sekolah dan Guru Penasihat Badan Pemimpin Pelajar (SLB).
Butiran bagi program ini yang akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2012 adalah seperti berikut:
Mac 2012 (Cuti Sekolah) : Seoul, Korea (melawat sekolah aliran pendidikan Islam dan sekolah cemerlang) - RM1500 (warga JPNJ)RM1800 (open)
Mei 2012 (Cuti Sekolah) : Guanzhou, China (melawat sekolah vokasional dan sekolah cemerlang) - RM500 (warga JPNJ) dan RM800(open)
Ogos 2012 (Hari Raya ke-4): Kashmir, India (melawat Smart School dan sekolah cemerlang) - RM1800 (warga JPNJ) RM2000 (open)
Disember 2012 (Cuti Sekolah) : Jakarta, Indonesia (melawat Sekolah Seni dan sekolah vokasional) - RM500 (warga JPNJ) RM800 (open)
Harga yang ditawarkan termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan dan sebahagian makan minum.
Penyertaan bagi Edutrip 2012 ke Seoul sedang dibuka, manakala penyertaan untuk Edutrip 2012 yang berikutnya akan dibuka dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.
Rosliza Rosli, Unit Pengantarabangsaan
0 komen ::
Catat Ulasan