* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 26 Disember 2011

PROGRAM "EDUTRIP" JPN JOHOR 2012 ANJURAN UNIT PENGANTARABANGSAAN, JPN JOHOR


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan, Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan satu program lawatan penandaarasaan ke sekolah-sekolah di luar negara. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu  warga pendidikan negeri Johor untuk melaksanakan program pengantarabangsaan sekolah/unit/sektor masing-masing agar lebih tersusun, terarah dan sistematik.

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak, namun keutamaan akan diberikan kepada Guru Program Pengantarabangsaan di sekolah dan Guru Penasihat Badan Pemimpin Pelajar (SLB).

Butiran bagi program ini yang akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2012 adalah seperti berikut:

Mac 2012 (Cuti Sekolah)  : Seoul, Korea (melawat sekolah aliran pendidikan Islam dan sekolah cemerlang) - RM1500 (warga JPNJ)RM1800 (open)
Mei 2012 (Cuti Sekolah)  : Guanzhou, China (melawat sekolah vokasional dan sekolah cemerlang) - RM500 (warga JPNJ) dan RM800(open)
Ogos 2012 (Hari Raya ke-4): Kashmir, India (melawat Smart School dan sekolah cemerlang) - RM1800 (warga JPNJ) RM2000 (open)
Disember 2012 (Cuti Sekolah)  : Jakarta, Indonesia (melawat Sekolah Seni dan sekolah vokasional) - RM500 (warga JPNJ) RM800 (open)

Harga yang ditawarkan termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan dan sebahagian makan minum.

Penyertaan bagi Edutrip 2012 ke Seoul sedang dibuka, manakala penyertaan untuk Edutrip 2012 yang berikutnya akan dibuka dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

Rosliza Rosli, Unit Pengantarabangsaan

0 komen ::

Catat Ulasan