* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 2 April 2012

Keputusan UPPM 1 (Mac) Tahun Enam 2012

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia nikmat yang tidak terhingga.

Berhubung dengan perkara di atas, PPD Mersing dengan kerjasama JKD Headcount Sekolah Rendah amat memerlukan data keputusan berkenaan untuk disatukan bagi tujuan membuat analisis Headcount Dearah Mersing.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memasukkan data berkenaan dalam SAPS secara atas talian.. Namun, atas sebab-sebab kelemahan tertentu, sistem tersebut dilihat belum stabil dan masih perlukan penambahbaikan secara drastik.

Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar pihak sekolah dapat menghantar data tersebut ke PPD Mersing (u.p. Unit Penilaian dan Peperiksaan) dengan menggunakan SAPD sediaada.

Sebarang kekurangan dan kelemahan, terlebih dahulu kami memohon maaf.
Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan