* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 4 Mac 2013

Sekitar Program Gerak Mesra PPD Mersing dan Warga Pendidik Mersing - Zon Tenggaroh

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, majlis berkenaan telah berlangsung pada 23 Februari 2013 (Sabtu) di Dewan SMK Tenggaroh A mulai jam 9.00 hingga jam 2.00 petang.
Program tersebut disasarkan kepada semua warga pendidikan zon Tenggaroh.
En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing telah memberikan ucaptama yang penuh bertenaga dalam majlis tersebut dengan menggariskan beberapa prinsip dan budaya kerja beliau sebagai landasan kepada pendekatan serta halatuju pendidikan Mersing tahun 2013. Semangat Mersing Hebat akan terus dijadikan slogan PPD Mersing bertemakan DARI HATI KE HATI.
Beliau mengajak seluruh warga Pendidikan Mersing agar bersama-sama bergerak sederap selangkah bagi merealisasikan hasrat murni yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal).

BUKA BUKU BARU, TUTUP CERITA LAMA dijadikan asas untuk menggarap perubahan pendidikan di daerah Mersing..

PRINSIP KERJA PPD 2013 :
  1. Berintegriti tinggi
  2. Hormati diri sendiri
  3. Ada dan berfungsi
  4. Jaga imej diri dan organisasi
  5. Amalkan musyawarah
  6. Bekerjasama
  7. Bekerja dengan ikhlas
  8. Kekeluargaan dan kasih sayang
  9. Tidak menimbulkan masalah, tapi menyelesai masalah
  10. Patuhi peraturan dan sistem
  11. Tidak membelakangkan ketua
  12. Ketepatan masa
  13. Berbudi bahasa.
  14. Hormati yang tua
Al-Hamdulillah, program tersebut diteruskan dengan Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 oleh En. Hasan Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah. Kemudian diakhiri dengan Dialog Mesra PPD dan warga pendidikan Tenggaroh.
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada MGB Zon Tenggaroh kerana dapat mengelola program tersebut dengan baik dan lancar..
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan buat Pengetua dan warga SMK Tenggaroh A kerana sudi menjadi tuan rumah kepada program tersebut. Wassalam.




































0 komen ::

Catat Ulasan