Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puanmengenai perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan migrasi infrastruktur emel Kementerian sediaada ke infrastruktur baru iaitu perkhidmatan 1GovUC. Untuk makluman bersama, 1GovUC atau Government Unified Communication merupakan salah satu inisiatif di bawah projek permulaan EPP 2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Tujuan utama 1GovUC adalah untuk mewujudkan pelaksanaan media komunikasi bersepadu antara agensi Kerajaan. Secara ringkasnya, perkhidmatan 1GovUC ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu:
· Perkhidmatan Email – iaitu Email/Calendar/Contact (Directory)
· Perkhidmatan UC – meliputi IM, Presence, Audio, Video, Web Conferencing serta Khidmat Suara & Telefoni.
· Perkhidmatan Telepresence – yang bersifat imersif dan kualiti Audio Video berdefinisi tinggi
Jangkaan penggunaan sepenuhnya sistem emel KPM iaitu menggunakan alamat emel domain moe.gov.my di Infrastruktur 1GovUC adalah mulai 1 November 2013. Sehubungan itu YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan dipohon untuk membuat semakan pengujian akses melalui Outlook Web App(OWA) 1GovUC di URL https://webmail.1govuc.gov.my/owa . Sekiranyagagal untuk akses login di OWA 1GovUC, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan dipohon untuk menghubungi terus kepada Service Desk 1GovUC (vadsservicedesk@vads.com ) bagi semakan id atau katalaluan. Untuk mengatasi penyalahgunaan maklumat emel, YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan diminta untuk menggunakan emel rasmi Kementerian ketika berurusan dengan Service Desk 1GovUC.
Untuk makluman bersama, antara langkah-langkah yang perlu diikuti untuk akses kepada OWA 1GovUC adalah seperti berikut:
Bil
|
Perkara
|
1
|
Semak contoh format login ID 1GovUC (Sila rujuk pada paparan dibawah).
|
2
|
Muat turun 1GovUC Certificatehttps://www.dropbox.com/s/uokn6qzm4z3q71r/Root%20CA%20from%20TM.cer
|
3
|
Install Certificates Root CA from TM ( Sila rujuk pada fail panduan cert. Jika Perlu)
|
4
|
Katalaluan asas(default) untuk akses kepada OWA 1GovUC adalahP@ssword.123
|
Untuk maklumat dan panduan konfigurasi 1GovUC, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan boleh memperolehinya dengan melayari http://www.1govuc.gov.my/en-us/downloads.aspx . Kerjasama dan pandangan dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
0 komen ::
Catat Ulasan