Perkara di atas adalah dirujuk.
Disertakan surat arahan bagi urusan penempatan tersebut.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk :
I. Cetak surat melalui laman APDM ( http://apdm.moe.gov.my : Login sebagai
Guru Kelas) bermula 4
November 2013.
II. Mengedarkan Surat Penempatan ke Tingkatan
Satu/Peralihan Tahun 2014
kepada setiap murid Tahun 6 untuk penempatan ke
sekolah menengah pada
atau sebelum 14
November 2013.
III.Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk
membuat
PENGESAHAN penempatan di
sekolah menengah berkenaan bermula
11 November 2013 hingga 20 November 2013.
IV. Sebarang rayuan pertukaran penempatan adalah
dikendalikan oleh sekolah menengah berkenaan.
V. Pastikan maklumat berhubung urusan pendaftaran di sekolah
menengah disertakan bersama surat penempatan tersebut.
VI.Sebarang perkara berbangkit berhubung arahan
penempatan,sila berhubung
dengan Unit Pengurusan Sekolah PPD Mersing.
Sekian, terima kasih.
0 komen ::
Catat Ulasan