Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
AlHamdulillah, adalah dimaklumkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai Bahasa Rasmi dalam pentadbiran negara.
Dalam perkembangan yang sama, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan "Islam adalah agama persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa semua Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan dan mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, samada secara tulisan mahupun lisan.
Berikut disertakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.
Lampiran :
Surat Siaran JPN Johor
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006

0 komen ::
Catat Ulasan