| MAKLUMAN AWAL BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) DALAM PELANTAR VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) | ||
| Tindakan | : | Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru-guru Muda 1Malaysia |
| Tarikh | : | 23-04-2015 |
| Unit | : | KURIKULUM |
| Oleh | : | En. Azman Bin Yusof |
| Maklumat | : | SK SERI PANTAI SK TENGLU SK (FELDA) TENGGAROH 6 SK PUSAT AIR TAWAR SK TELOK LIPAT SK MERSING KANAN SK SRI MERSING SJK(C) KG HUBONG SJK(C) PAI CHEE SMK SRI MERSING SMK PAI CHEE (CF) SMK UNGKU HUSIN SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR SMK MERSING Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Program GM1M dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan bertujuan menggembeleng barisan guru-guru muda daerah Mersing dalam usaha memaksimumkan penggunaan Platform Pembelajaran Maya VLE Frog sebagai platform pengajaran dan pembelajaran. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd akan menjalankan sesi latihan program ini bagi daerah Mersing pada 30 April 2015 di Makmal Komputer SMK Mersing melibatkan hanya 14 buah sekolah dengan 2 orang penyertaan guru bagi setiap sekolah. 4.Kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut: 4.1 Berumur 40 tahun dan ke bawah. 4.2 Belum pernah menghadiri kursus berkaitan Pelantar VLE melalui Frog Asia. 4.3 Bukan guru penyelaras ICT di sekolah masing-masing. 4.4 Dua orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih. 5. Peserta-peserta perlu membawa rancangan pengajaran mata pelajaran yang diajar beserta ID IBestariNet / VLE masing-masing. Sekian makluman awal. Surat panggilan rasmi dan maklumat yang berkaitan akan menyusul seberapa SEGERA. |
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 23 April 2015
MAKLUMAN AWAL BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) DALAM PELANTAR VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen ::
Catat Ulasan