Sukacita dimaklumkan penempatan guru baharu bagi lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bagi Opsyen Pendidikan Islam dan Pemulihan (BM) yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau klik di sini bermula pada 21 Mac 2015 jam 10 pagi sehingga 19 April 2015.
Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon guru baharu yang telah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon lepasan PISMP keluaran 2014 bagi opsyen Pendidikan Islam dan Pemulihan (BM) sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.
0 komen ::
Catat Ulasan