Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 6 Tahun 2015 pada 22 Jun 2015 (Isnin).
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 6 Tahun 2015 pada 22 Jun 2015 (Isnin).
FOKUS :
1) PENCAPAIAN UPPM2 (SUMATIF 2 TAHUN 6)
2) PENCAPAIAN SUMATIF 2 TAHUN 5
3) PENCAPAIAN SUMATIF 2 TINGKATAN 3
4) PENCAPAIAN SUMATIF 2 TINGKATAN 5
SEHUBUNGAN ITU, MOHON KERJASAMA PIHAK SEKOLAH AGAR DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN SESEGERA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN PERKARA BERKENAAN DIURUSKAN DENGAN BAIK.
BERIKUT DICADANGKAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK SEKOLAH DAN ZON :
1) 17 Jun 2015 (Rabu) - Pembentangan Data UPPM2 kepada JK MGB Daerah Mersing.
- Penyelarasan Audit Akademik atau Dialog Prestasi Peringkat Zon.
2) 21 Jun 2015 (Ahad) - Pelaksanaan Audit Akademik atau Dialog Prestasi Berfokus di peringkat Zon Sekolah Rendah.
Fokus :
a. Pencapaian UPPM2 (Sumatif Tahun 6)
b. Pencapaian Sumatif 2 Tahun 5
c. Pelan Intervensi berdasarkan pencapaian semasa tahun 6 dan tahun 5.
- Zon Bandar Mersing (Tindakan : Guru Besar SKBM)
- Zon Endau (Tindakan : Guru Besar SK Penyabong)
- Zon Nitar (Tindakan : Guru Besar SK Nitar 02)
- Zon Tenggaroh (Tindakan : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 03)
- Kelompok SJKC (Tindakan : Guru Besar SJKC Pai Chee)
3) 22 Jun 2015 (Isnin) - Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 6 Tahun 2015
- Sesi 1 (Sekolah Rendah)
* Pengerusi Zon membentangkan data pencapaian semasa dan intervensi kelompok mengikut zon.
* Pengerusi JKD kecemerlangan SJKC membentangkan data pencapaian semasa dan intervensi kelompok SJKC.
- Sesi 2 (Sekolah Menengah)
* Pembentangan sekolah akan dipilih secara rawak mengikut kategori SBP/Kawalan, Sekolah Felda, SMK.
Fokus : Pencapaian Sumatif 2 Tingkatan 3 dan 5.
Sehubungan itu, pihak kami mengharapkan audit akademik dapat dilaksanakan di semua peringkat sejajar dengan program memperkasakan headcount.
Wassalam.
0 komen ::
Catat Ulasan