sumber : http://www.frogasia.com/frogcommunity/v3/pentadbiran-lebih-terurus-dengan-menggunakan-frog-vle/
Selaku Pentadbir Frog VLE di sekolah, saya telah memperkenalkan beberapa program di sekolah saya bagi menggalakkan warga sekolah menggunakan platform yang canggih ini. Di peringkat awal, saya memberi taklimat asas tentang Frog VLE kepada guru-guru.
Saya juga kemudiannya mengubah sistem penempahan makmal. Jika sebelum ini ia dibuat secara manual dengan menggunakan borang bercetak, sekarang makmal komputer perlu ditempah melalui ‘Booking Calendar’. Ia mendorong guru-guru menggunakan Frog VLE.
Bukan setakat itu sahaja, proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ICT Tingkatan 4 juga saya lakukan dengan menggunakan Frog VLE sepenuhnya. Pelajar semakin berminat dan mereka mula meminta guru-guru lain untuk turut menggunakan VLE.
Selaku Penyelaras Bestari di sekolah bestari, semua maklumat yang ingin disampaikan kepada guru-guru juga saya muatkan ke dalam Frog VLE seperti maklumat mengenai SPS, SSQS, LDP, arahan kementerian dan sebagainya.
Semasa cuti sekolah pula, sekolah saya memperkenalkan Program Holiday Package iaitu satu program yang memuatkan semula soalan, latihan dan ulangkaji ke dalam laman Frog VLE. Guru-guru dan para pelajar dapat memanfaatkannya dan sekaligus mempertingkatkan login VLE.
Antara lain yang turut diamalkan oleh sekolah saya ialah semua markah PBS pelajar dimasukkan ke dalam laman PBS dalam VLE. Ini memudahkan guru-guru mempamerkan markah PBS pelajar Tingkatan 1 dan 2 kepada ibu bapa semasa Hari Waris.
Semua langkah yang diambil bukan sahaja menggalakkan guru-guru dan para pelajar memanfaatkan platform ini malah menjimatkan penggunaan kertas, selain menambahkan lagi pengetahuan warga sekolah tentang penggunaan ICT.
Kini saya digelar ‘Cikgu Frog’ oleh warga sekolah, apatah lagi apabila saya sering memakai baju berwarna hijau ke sekolah. Walaupun Frog VLE sebenarnya berwarna biru, tetapi saya memilih baju hijau agar para pelajar segera teringat dengan Frog VLE.
Sebelum ini, banyak sistem yang sudah diperkenalkan di sekolah. Tetapi saya berpendapat, sistem Frog VLE ini ialah yang paling menyeronokkan sekali. Saya percaya, langkah kerajaan memperkenalkannya dapat memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak.
Ms. Nazrunissa binti Mydin,
SMK Abdullah Munshi
SMK Abdullah Munshi
0 komen ::
Catat Ulasan