KENYATAAN RASMI PPD MERSING
STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA)
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Rakan-rakan PGB dan warga pendidikan daerah Mersing. Saya panjangkan mesej yang telah dihantar oleh Yg Bhg Tuan Pengarah Pendidikan Johor berkaitan pengumuman sekolah ditutup ekoran jerebu pada 29.9.2015 (Selasa) yang jelas maksudnya. Mohon tuan/puan dapat panjangkan kepada semua yang berkenaan. Terima kasih.
- PPD Mersing - 10.00 mlm
...................................
MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA)
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 28 September 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan itu
1. Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah. Bagi murid-murid yang tinggal dan sudah balik ke asrama seperti SBP dan Asrama Harian, mereka boleh terus tinggal di asrama dengan kawalan warden.
2. Guru-guru yang rajin dan sentiasa berada di sekolah maka tiada halangan mereka hadir.
3. Anggota Kakitangan Pelaksana hadir bertugas seperti biasa.
4. Semua kursus yang dilaksanakan melibatkan guru di daerah pada 29.9.2015 yang wajar ditangguhkan boleh ditangguhkan.
5. Pengetua/Guru Besar dan beberapa orang Penolong Kanan/guru perlu hadir ke sekolah pada awal pagi untuk memastikan kelicinan urusan cuti pada hari esok.
6. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas boleh berhubung dengan Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD berkenaan.
Sekian untuk makluman.
Tk. Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 28 September 2015 mendapati dua buah negeri iaitu Johor dan Melaka menunjukkan bacaan IPU Yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan
Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor dan Melaka perlu ditutup pada 29 September 2015 (Selasa). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.
Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang murid di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang murid di Melaka.
Sekian dimaklumkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 September 2015
2 komen ::
Murid/Pelajar cuti. Guru-guru boleh tidak hadir. Tapi anggota pelaksana kena hadir. Adilkah itu? apakah murid/pelajar dan guru itu manusia yang perlu jaga kesihatan, manakal anggota pelaksana pula binatang? tak perlu jaga kesihatan...
assalamu alaikum ..
Rakan Tanpa Nama ..
Setakat ini tiada arahan lanjut khusus untuk penjawat awam yang lain.. sama spt penjawat awam yang bekerja di mana-mana pejabat kerajaan negeri dan persekutuan (termasuk PPD)
Catat Ulasan