Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)
|
Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM
|
25 September 2017 hingga
22 Oktober 2017
(Jam 11.59 malam)
|
23 Oktober 2017 hingga
31 Oktober 2017
(Jam 11.59 malam)
|
Urusan ini terbuka kepada:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017;
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017;
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan Tahun 2015 Hingga 2017.
3. Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 25 SEPTEMBER 2017.
4. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta JUSTIFIKASI KECICIRAN WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
- Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
- Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;
- Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
- Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
- Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
5. LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.
Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)
Muat turun Surat Siaran
0 komen ::
Catat Ulasan