Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-131 2018
11 Mei 2018
25 Syaaban 1439H
Jumaat
JADILAH CERMIN, BUKAN HANYA KANTA
Mungkin ada dalam kalangan kita yang hobinya suka mencari kesalahan dan sering menyalahkan orang lain apabila berlakunya kesilapan. Namun, hakikatnya kesilapan yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada dirinya sendiri tetapi enggan mengakui kesilapan itu sebaliknya menuding jari pula kepada orang lain.
ALLAH SWT berfirman: "Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al-Hujurat: 12)
Kita perlu menghakis amalan sikap kanta ini dalam diri kita. Ia satu penyakit yang boleh merosakkan diri kita dan organisasi.
Sebaliknya kita harus memiliki sikap seperti cermin dalam diri kita. Jadilan orang yang suka bermuhasabah diri, mengaku kesilapan yang dilakukan, tidak suka mencari kesalahan orang lain dan suka memaafkan kesalahan orang lain.
Baginda SAW bersabda: "Orang yang pandai adalah yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap ALLAH." (Riwayat Tirmizi)
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

0 komen ::
Catat Ulasan