Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-215 2018
3 Ogos 2018
21 Zulkaedah 1439H
Jumaat
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-215 2018
3 Ogos 2018
21 Zulkaedah 1439H
Jumaat
Sahabat
Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya.
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya.
Kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya.
Kerana.. andainya dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya.
Kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya.
Kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiripun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya.
BERSEDERHANALAH DALAM PERSAHABATAN…
INSYA ALLAH KITA TIDAK AKAN MELIHAT KELEMAHAN ITU SEBAGAI SATU KELEMAHAN.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
0 komen ::
Catat Ulasan