Assalamu a’laikum wrth
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-217 2018
5 Ogos 2018
23 Zulkaedah 1439H
TITIK POSITIF HARI KE-217 2018
5 Ogos 2018
23 Zulkaedah 1439H
Ahad
Mula mengenal siapa diri kita sebenarnya.
Dalam
sesebuah organisasi ataupun juga persahabatan, emosi kita mungkin terganggu
dengan pelbagai kerenah manusia yang sering berlaku di depan mata.
Dalam banyak keadaan seolah-olah kita banyak menghabiskan masa kita kerana mengurus kerenah tersebut sehingga terjejas kerja dan halatuju sebenar organisasi yang lebih utama.
Mungkinkah itu faktor utama sesebuah organisasi tidak bergerak lancar dan terus maju ke hadapan?

Masa terus berlalu...pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan untuk membentuk sesebuah organisasi kembali kepada landasan asal. Usaha berterusan dibuat untuk membentuk warga kerja yang mantap.
Perasaan kita bercampur baur antara gembira, kesal, putus asa, rasa terpinggir, dihargai, disayangi, dihormati, dibenci, dipura-purakan dan sebagainya.
Perasaan kita bercampur baur antara gembira, kesal, putus asa, rasa terpinggir, dihargai, disayangi, dihormati, dibenci, dipura-purakan dan sebagainya.
Positif
dan negatif datang serentak atau bersilih ganti.
Mungkin
juga ianya berpunca daripada diri kita sendiri atau orang lain atau
persekitaran kita.
Dalam
tempoh tertentu, kita akan mula mengenali diri kita yang sebenar.
Kita
mula dapat mengukur tahap penerimaan dan penolakan orang sekeliling kita. Ianya
boleh diukur dengan pelbagai alat dan kaedah serta pendekatan yang kita sendiri
boleh aturkannya tanpa sedar dan disedari oleh orang sekeliling kita.
Bila kita sedar, apa nak buat?
Teruskan?
Keluar
daripada kumpulan?
Buat kerja seorang diri dan tidak lagi bergerak dalam kumpulan?
Buat kerja seorang diri dan tidak lagi bergerak dalam kumpulan?
Putuskan?
Reda?
Perbaiki
diri?
Cari
punca sebenar?
Buat
tak tahu?
Buat
tak kesah?
Anda
stress ..?????
Semua
benda tak menjadi… tak didengari …tak diambil cakna? Hmmm… dah mula rasa
sia-sia berada di satu tempat dan cuba mencari tempat lain yang lebih baik.
JANGAN
BERPUTUS ASA KERANA KITA ADA ALLAH, TUHAN SEGALANYA.
Mintalah
pertolongan Allah SWT. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
0 komen ::
Catat Ulasan