Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-240 2018
27 Ogos 2018
16 Zulhijjah 1439H
Isnin
Serpihan Yang Hilang
Dalam banyak keadaan dan situasi, kita rasa hati kita kosong. Ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita. Tiada ketenangan. . Jiwa kita jadi kosong.
Ini mungkin menyebabkan kita rasa sunyi, sepi, gelisah, gundah gulana... stress..
Macam-macam kita buat. Ada yang memilih hiburan sebagai jalan penyelesaiannya.
Ada yang cuba mengisi kelompangan itu dengan cinta. Kadangkala cinta yang tidak hala menjadi pilihan sehingga menghampiri zina atau sebagainya.
Ada juga mengisi kekosongan hati itu dengan gelak ketawa dan berbual kosong atau buat-buat cerita.
Ada juga yang suka menonton filem, drama, main game dan meluahkan perasaan dalam media sosial.
Tapi.. .. hati masih terasa kosong.
Serba serbi rasa tak kena..
Sehingga satu peringkat, kita mula sedar bahawa pengisian hati sebelum ini adalah salah.
Kekosongan hati itu sebenarnya mempunyai bentuk yang unik. Ia tidak boleh diisi dengan sewenang-wenang dengan apa saja yang terlintas di fikiran kita. Jika tidak, sampai bila-bila kita takkan berjaya menyelesaikan kebuntuan dan misteri kesunyian hati.
Apakah serpihan terakhir yang kita lupakan itu?
Sebenarnya kita semua tahu, apakah yang sepatutnya mengisi kekosongan hati kita. Tapi kita berdegil. Tetap tak mahu isi dengan yang selayaknya. Kita paksa kekosongan itu diiisi dengan serpihan-serpihan lain, sehingga hati menjadi rosak dan mula terkoyak.
Renung-renungkanlah... Mengapakah selepas melakukan pelbagai perkara, hati kita masih rasa kosong... Boleh jadi, selama ini kita mengisinya dengan sesuatu yang salah.
KEMBALILAH KEPADA YANG ASAL.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::
Catat Ulasan