Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-241 2018
28 Ogos 2018
17 Zulhijjah 1439H
Selasa
Hati kita sentiasa berbolak balik dan perlukan pujukan yang berterusan daripada kita sendiri.
Kadang-kadang kita tidak berpuas hati dengan kekurangan. Belajarlah bersyukur.
Belajarlah untuk rasa ikhlas bila kita tidak rela atau reda.
Belajarlah taat walaupun ianya berat.
Belajarlah memahami walaupun tidak sehaluan.
Belajarlah setia walaupun banyak godaan.
Belajarlah memberi walaupun tidak seberapa.
Belajarlah mengasihi walaupun disakiti.
Belajarlah mengingati walaupun dilupai.
Belajarlah berbuat baik walaupun tidak dibalas.
Belajarlah bersabar walaupun sedang marah.
Belajarlah merendah diri walaupun rasa bangga dengan diri sendiri.
Belajar dan belajarlah sesuatu.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
0 komen ::
Catat Ulasan