Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-243 2018
30 Ogos 2018
19 Zulhijjah 1439H
Khamis
"Jaga tepi kain sendirilah, tak payahlah nak jaga tepi kain orang. "
Kita sering mendengar rungutan atau respon tersebut dalam pergaulan kita dalam sesebuah organisasi, persahabatan dan masyarakat.
Bagi yang degil dan sombong, akan merasa sentap bila ditegur. Mungkin mereka tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.
Seorang kawan yang baik akan sentiasa ingat mengingat sesama kawan.
Seorang pemimpin yang baik akan memastikan semua anggota yang dibawah kawalannya berada dalam keadaan yang baik... ikut peraturan, berdisiplin, berakhlak mulia dan sebagainya.
Itu semua adalah satu tanggungjawab... kalau boleh kita nakkan semua rakan kita dan anggota di bawah kawalan kita bersama-sama masuk syurga.
Bagi yang tidak memahami taklif@tanggungjawab ini, mereka akan terus meronta dan melahirkan rasa tidak puas hati.
Ini akhirnya akan menimbulkan konflik tanggungjawab dan popular.. Biasanya pemimpin yang tidak membetulkan keadaan dan sebaliknya membiarkan salah laku anggotanya beterusan akan jadi popular. Baguslah dia ni, tak pernah ambil tahu hal orang lain. . Sedangkan sebenarnya ia adalah satu tanggungjawab yang diabaikan.
Bagi pemimpin yang sering menggalas dan cuba melaksanakan tanggungjawab tersebut akan menjadi tidak popular bahkan akan dibenci.
Inilah dunia akhir zaman..
Kembalilah kepada yang hak.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::
Catat Ulasan