Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-257 2018
13 Sept. 2018
3 Muharram 1440H
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-257 2018
13 Sept. 2018
3 Muharram 1440H
Khamis
Hidup Berprinsip
Setiap orang ada prinsip sendiri yang dipengaruhi oleh faktor dalaman diri dan juga keluarga.
Kita perlu meraikan kepelbagaian prinsip tersebut dengan mengambil jalan tengah yang penuh hikmah, bertoleransi dan tolak ansur.
Setiap organisasi juga mempunyai prinsip sendiri yang dibentuk oleh ketua sesebuah organisasi. Tanggungjawab tersebut diletakkan atas bahu seorang pemimpin.
Seorang ketua akan mencorakkan prinsip sesebuah organisasi yang mementingkan halatuju organisasi.
Di sana mungkin ada konflik antara prinsip organisasi dan prinsip individu anggota sesebuah organisasi.
Seorang pengikut perlu mengutamakan prinsip organsasi.
Pengikut tidak boleh berkeras mempertahankan prinsip sendiri hanya untuk kepentingan diri sendiri sehingga menafikan prinsip organisasi@jemaah keseluruhannya.
Kiranya organisasi bergerak dengan kelajuan 80 km sejam, jangan pula kita berkeras untuk mempertahankan kelajuan kita yang hanya 50 km sejam. Ini akan memperlahankan kelajuan organisasi keseluruhannya.
Setiap anggota dalam sesebuah organisasi perlu bergerak serentak dengan kelajuan yang sama dan prinsip yang sama.
Dengan kata lain, tidak ada anggotanya yang bergerak dengan haluan sendiri.
Organisasi akan menjadi lebih mantap sekiranya semua anggotanya bersatu hati dan ikhlas.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku

0 komen ::
Catat Ulasan