Assalamu a’laikum wrth
Salam
Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 28 2019
28 Jan 2019
TITIK POSITIF HARI 28 2019
28 Jan 2019
22
J.Awwal 1440H
Isnin
Orang yang hebat, berani mengambil
risiko untuk berjaya, dan berbeza dengan orang lain, yang lebih suka mengambil
jalan selamat dan menjauhi jalan yang berisiko.
Iaitu mengikut jalan yang ramai
orang telah lakukan dan ternyata selamat.
Ingatlah kita tidak akan menjadi apa-apa
jika enggan membuat apa-apa tindakan yang berani terhadap hidup kita.
Orang yang hebat, akan berfikir apa
yang tidak terfikir dan tergapai oleh akal fikiran orang lain, berani mencuba
sesuatu yang baharu, di luar bidang dan tidak biasa dilalui oleh mereka dan
orang lain.
Seandainya mereka menempuh
kegagalan akibat daripada keberanian mereka mencuba sesuatu yang baharu dan
sesuatu yang belum dilakukan oleh orang lain, mereka akan mengambil kegagalan
itu sebagai bermulanya satu pengalaman dan pengajaran, yang menguatkan semangat
dan tahan ujian.
Mereka akan mencuba pendekatan
baharu dan lain sama sekali dengan yang lalu, dan kegagalan itu sebagai garis
panduan melihat kesilapan diri.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
0 komen ::
Catat Ulasan